Pasaran Terus Dalam ‘Wilayah Merah’ Ekoran Mesyuarat Fed

225

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) berundur dari sesi pembukaan yang kukuh manakala indeks dolar mencanak ekoran persediaan para pelabur mengenai kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed).

Indeks-indeks utama saham Wall Street berakhir rendah dengan indeks purata Dow Jones Industrial tutup pada 0.02%, S&P 500 hilang 0.54% dan Nasdaq Composite turun 1.4%.

Indeks ekuiti MSCI dunia yang menjejaki sejumlah 45 saham negara lain susut 0.94%.

Dalam pada itu, pasaran dibuka tinggi dengan data baharu menunjukkan ekonomi AS meningkat pada suku ke-4 pada 6.9% sejak 1984.

Namun, menjelang penutupan sesi seperti kebanyakan minggu, keuntungan mulai mengundur apabila pelabur terus memproses kemaskini Fed berkenaan prospek pertumbuhan ekonomi selepas data yang diterbitkan semalam.

Sementara itu, dolar mulai melonjak ke paras tertinggi sejak Julai 2020 ekoran prospek kenaikan kadar oleh Fed.

Indeks dolar yang mengukur sejumlah mata wang lain naik 0.8% yang merupakan kenaikan terbesar harian dalam tempoh lebih 2 bulan.

Hasil 2 tahun AS mencanak 1.208% pada sesi dagangan harian belum berakhir pada 1.1902% sementara penanda aras hasil 10 tahun susut 1.8101% selepas mencatat paras tartinggi 1.88% pada Rabu.

Krisis Rusia-Ukraine terus memberi kesan kepada harga minyak dengan harga minyak mentah Brent jatuh 0.2% pada $89.81 setong sementara harga minyak mentah AS turun 0.3% pada $87.08 setong.

Harga spot emas jatuh 1.24% pada $1,795.50 per auns dan logam turun melebihi 1% kepada paras 2 minggu terendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat