Pasaran Tidak Menentu, Pelabur Berada Dalam Keadaan ‘Tersepit’!

23,597

Pada hari Isnin ini, pemain pasaran dilihat lebih berwaspada di tengah kebimbangan bahawa lebih banyak sekatan akan dikenakan ke atas Rusia berhubung tindakannya terhadap Ukraine. Dalam masa yang sama, sebahagian daripada keluk hasil Amerika Syarikat yang diawasi dengan teliti terus mencetuskan kebimbangan berlakunya kemelesetan.

Pentadbiran Jerman mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa negara-negara barat akan bersetuju untuk mengenakan lebih banyak sekatan ke atas Rusia dalam beberapa hari akan datang selepas Ukraine menuduh tentera Rusia melakukan jenayah perang berikutan kematian orang awam berhampiran Kyiv.

Dengan lebih banyak sekatan maka ia akan meningkatkan lebih banyak tekanan terhadap ekonomi Rusia. Justeru, Mark Haefele, ketua pegawai pelaburan di UBS Global Wealth Management berpandangan bahawa apa yang akan menjadi pemacu utama pergerakan pasaran dalam masa terdekata adalah sejauh mana kemuncak sekatan tersebut dikenakan.

Matawang Euro telah susut sebanyak 0.63% kepada paras dagangaan 1.0984 berbanding US dolar. Penganalisis menyatakan rasa bimbang bahawa matawang euro boleh susut lebih lanjut sekiranya Kesatuan Eropah meningkatkan sekatannya untuk menyasarkan import tenaga dari Rusia.

Sentimen pelabur di zon Eropah juga jatuh paras terendah dalam hampir dua tahun pada April berdasarkan satu tinjauan menunjukkan pada hari Isnin, mencadangkan permulaan kemelesetan pada suku kedua 2022. Hasil bon kerajaan zon eropah telah mula jatuh selepas jangkaan pengetatan monetari minggu lalu yang mendorong kos pinjaman Jerman ke tahap tertinggi sejak Februari 2018.

Sementara itu dalam pasaran pendapatan tetap AS, keluk hasil antara dua dan 10 tahun nota AS, dilihat memberi indikasi terdapat kebarangkalian penguncupan ekonomi pada masa akan datang. Laporan pekerjaan yang kukuh untuk bulan Mac minggu lepas menyokong pandangan bahawa Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah secara agresif untuk menjinakkan inflasi yang melambung tinggi.

Beberapa penggubal the Fed dijangka akan bercakap, dimana dijangka mereka akan memberi indikasi lebih banyak isyarat hawkish, dan minit mesyuarat dasar akan dijadualkan pada hari Khamis.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama pula mengukuh 0.25% kepada paras dagangan 98.85.

Disisi lain, Bank of Japan bertindak berulang kali minggu lalu untuk mengekalkan hasil bonnya menghampiri sifar. Matawang yen didagangkan susut dnegan US dolar kukuh 0.30% berbanding matawang yen.

Pasaran akan memberi tumpuan terhadap perkembangan konflik Rusia-Ukraine dan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat