Patutlah Dolar Aussie Melonjak, Ini Sebabnya!

383

Dolar Aussie diperdagangkan mengukuh pada sesi Asia dengan sokongan daripada dagangan US dolar yang menyusut dan keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA).

RBA menepati jangkaan pasaran dengan menamatkan program pembelian bon dan mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 0.10%.

Bagaimanapun, Gabenor RBA Philip Lowe mengatakan bahawa penamatan ini bukan sebagai tanda untuk kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat dan para penggubal dasar akan terus bersabar terhadap polisi semasa.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa walaupun RBA bimbang terhadap kenaikan inflasi semasa, tetapi pada hakikatnya mereka lebih berhati-hati untuk mula melaksanakan pengetatan.

Gabenor Lowe mengakui bahawa lonjakan inflasi baru-baru ini berada pada julat sasaran 2-3% bank pusat, namun, ia kekal jauh lebih rendah daripada yang dicatatkan negara maju seperti Amerika Syarikat dan UK.

Tambahnya lagi, kadar inflasi dan pertumbuhan upah yang lebih rendah adalah sebab utama mereka tidak perlu bergerak lebih agresif seperti bank pusat utama yang lain.

Walaupun begitu, para penggubal dasar melihat kemungkinan bahawa terdapat kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Hal ini sekali gus mengangkat harapan pasaran bahawa RBA akan melakukan pengetatan. Pada sesi Asia, dolar Aussie diniagakan meningkat pada sekitar harga 0.7125 setelah bangkit dari paras terendah sejak November 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat