Patutlah Euro Kukuh! Ini Antara Sebabnya!

378

Menepati jangkaan Kesatuan Eropah dan China bersetuju pada hari Rabu untuk menjalinkan perjanjian pelaburan yang membenarkan syarikat EU memperoleh akses yang lebih baik ke atas pasaran China, memperbaiki hubungan perdagangan yang lebih baik dan melindungi pelaburan EU di China.

Perbincangan mengenai perjanjian pelaburan telah dimulakan sejak tahun 2014 tetapi terhenti selama bertahun-tahun kerana Beijing dikatakan gagal membuat janji untuk mengangkat sekatan ke atas pelaburan EU. Walaubagaimanapun, ia dijangka akan memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun lagi untuk berkuatkuasa. Ini merupakan sebahagian dari hubungan perdagangan baru dengan China, yang dilihat oleh EU sebagai rakan dan saingan positif.

Dengan adanya perjanjian ini, syarikat Kesatuan Eropah akan dibenarkan untuk beroperasi di China dalam sektor termasuk kereta elektrik, hospital swasta, hartanah, periklanan, industri maritim, perkhidmatan telekomunikasi, sistem tempahan syarikat penerbangan dan pengendalian darat.

Dalam masa yang sama, China akan mengenakan larangan pemindahan teknologi secara paksa dari syarikat luar. Pentadbiran China juga berjanji akan bertindak dengan lebih telus terhadap subsidi dan melarang syarikat milik negara untuk melakukan diskriminasi terhadap pelabur asing.

Berita baiknya, penasihat keselamatan A.S Jake Sullivan telah mengatakan bahawa pihak pentadbiran A.S bawah pimpinan Joe BIden akan menyambut baik perundingan awal tersebut.

Walaubagaimanapun, segelintir penganalisis telah berpendapat bahawa China tidak akan sewenang-wenangnya melakukan perjanjian secara percuma dan akan timbal balik. Atas dasar itu, pihak EU menyatakan bahawa pihak mereka akan cuba sedaya upada untuk meratifikasi undang-undang yang lebih bersepadu.

Euro melonjak ke paras ketinggian terbaru sejak April 2018 pada 1.2295 berbanding US dolar dengan didagangkan kukuh sebanyak 0.38%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat