PayPal Benarkan Transaksi Kripto Ke External Wallet

239

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, PayPal akhirnya membenarkan penggunanya untuk memindahkan mata wang kripto daripada akaun mereka ke platform pertukaran dan wallet lain.

Ciri ini mula tersedia pada hari Selasa untuk pengguna Amerika Syarikat terpilih dan akan dilancarkan kepada semua pelanggan AS yang layak dalam beberapa minggu akan datang.

Kumpulan pertama kripto yang disokong adalah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Bitcoin Cash (BCH) dan Litecoin (LTC).

Selain  itu, pengguna yang memindahkan kripto mereka ke PayPal boleh membelanjakan melalui Checkout di berjuta-juta perniagaan dalam talian.

Syarikat gergasi pembayaran itu telah diberikan Bitlicense oleh Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York untuk pelaksanaan tersebut.

Pemindahan kripto kepada penerima di luar PayPal akan dikenakan bayaran rangkaian berdasarkan blockchain masing-masing, tetapi pemindahan antara pengguna PayPal tidak dikenakan bayaran sedemikian.

Bagi melindungi privasi pengguna, firma itu akan menjana alamat penerima baharu untuk setiap transaksi ke dalam akauan PayPal seseorang.

Memenuhi permintaan pelanggan keupayaan untuk memindahkan aset kripto mereka platform berlainan merupakan satu langkah yang tidak dapat dielakkan oleh syarikat jika ia tidak ingin ketinggalan dalam pengadaptasian kripto dan teknologi kewangan yang semakin berkembang pesat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat