Pecutan GBP/USD Terhalang Oleh Tembok Harga 1.3700

449

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kembali menunjukkan penurunan semula pada sesi New York semalam selepas lonjakan ketara pada sesi-sesi sebelumnya.

Pound Sterling bergerak kukuh dalam pasaran selepas Gabenor Bank of England (BOE) memberi petunjuk bahawa pelaksanaan kadar faedah negative adalah tidak bersesuaian dan menimbulkan kontroversi dan pelbagai masalah di masa hadapan.

Hal ini telah melonjakkan nilai Pound dalam pasaran dengan keyakinan pelabur terhadap mata wang Britain tersebut sehingga mencatatkan kenaikan harian pada carta GBP/USD semalam sekitar 200 pips!

Namun dapat dilihat kenaikan harga pada carta GBP/USD terhalang pada paras rintangan 1.37000 yang turut gagal ditembusi pada dagangan minggu lalu.

Penurunan harga turut didorong oleh pengukuhan semula US dolar yang dipamerkan pada sesi New York sehingg dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Hasil perbendaharaan AS dan data inflasi AS yang meningkat menjadi antara faktor pengukuhan US dolar dalam pasaran selain ketidaktentuan politik AS selepas pemecatan Trump turut mendorong permintaan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Harga kembali membuat penurunan semula ke zon RBS (resistance become support) 1.36000 dengan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam diuji.

Jika harga tembus lebih rendah melepasi zon tersebut, jangkaan penurunan harga semula akan menuju zon RBS 1.35300 dan juga paras tumpuan 1.35000.

Namun jika harga berjaya melonjak semula, paras rintangan 1.37000 akan diuji sekali lagi untuk harga terus merekodkan paras ketinggian terbaru.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat