Pedagang Emas Hitam Gelisah, Harga Minyak Susah Nak Naik

359

Dagangan minyak mentah merosot pada awal dagangan Selasa ekoran kebimbangan terhadap permintaan global yang mungkin terjejas ketika gelombang baru jangkitan Covid-19 di seluruh dunia telah mendorong sekatan dikenakan semula.

Sejak bulan lepas, sekatan di beberapa bandar utama seluruh dunia telah diperketatkan untuk membendung penularan wabak. Norway mengambil langkah tegas dengan mengentikan laluan kapal pesiaran dalam amaran perjalanan Eropah yang terbaru.

Dengan peningkatan jumlah jangkitan coronavirus yang disahkan di seluruh dunia, terutama di beberapa negara Eropah seperti Sepanyol dan UK, menunjukkan bahawa permintaan cenderung untuk terus lemah pada separuh kedua tahun ini.

Menambahkan lagi kebimbangan terhadap pemulihan permintaan global adalah apabila Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, pula telah bersetuju untuk menurunkan pemotongan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari kepada 7.7 juta tong sehari pada Ogos hingga Disember.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan susut 28 sen kepada $40.73 setong, manakala dagangan minyak mentah Brent pula jatuh 31 sen kepada $43.84 setong.

Kedua-dua penanda aras itu sebelum ini menokok lebih 1% pada dagangan hari Isnin yang disokong oleh data yang memberangsangkan dalam sektor pembuatan di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat, menunjukkan kebangkitan semula aktiviti perkilangan daripada krisis Covid-19.

Menurut ketua penganalisis komoditi di National Australia Bank (NAB), data pembuatan global yang memberangsangkan menunjukkan permintaan telah bertambah baik. Bagaimanapun masih ada banyak bukti bahawa pemulihan permintaan minyak terhenti berikutan peningkatan semula kes coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat