Pedagang Kecewa, Harga Bitcoin Jatuh Daripada Paras Tertinggi

152

Harga Bitcoin jatauh pada hari Jumaat berikutan kekecewaan pedagang terhadap pembatalan projek penambahbaikan matawang digital. Projek ini dikatakan mamapu memperbesarkan kapasiti blockchain dan berkemungkinan dapat menghasilkan matwang crypto yang baru.

Harga bitcoin jatuh sebanyak 3.70% atau $277 semalaman kepada $7169.2. Pada ketika ini harga bitcoin telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1.36% atau $96.8 kepada $7,220.1 setakat jam 11.15 pagi.

Jurutera-jurutera perisian penambahbaikan SegWit2x mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan projek itu, dimana sebelum ini direncanakan akan melancarkan projek tersebut pada 16 November.

SegWit2x merupakan perjanjian diantara beberapa individu berprofil tinggi dalam dunia bitcoin yang merencanakan untuk melebarkan lagi kapasiti jaringan bitcoin.

Penambah baikan perisian adalah untuk mengatasi masalah jaringan bitcoin yang terhad dalam mengendalikan transaksi harian. Selain itu juga untuk memperbaiki kelajuan perlaksanaan transaksi iaitu jual beli dalam sistem blockchain.

Menurut sekumpulan jurutera tersebut, mereka mengakui bahawa penambahbaikan itu belum benar-benar mampan dan dikhuatiri akan memisahkan komuniti bitcoin. Ini bukan merupakan objektif Segwit2x.

Menurut Belshe, objektif kami adalah untuk membawa bitcoin ke satu tahap yang baru. Kami percaya bahawa ia memerlukan saiz blok yang besar dan yang paling penting ialah mengekalkan hubungan sesama komuniti.

Bitcoin cash meningkat 9.08% atau $58.92 kepada $707.95, manakala bitcoin gold meningkat 0.46% kepada $152 setakat jam 11.20 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat