Pegangan Saham Asing CIMB Catat Keuntungan Selepas 19 Bulan

299

Mantul, makin ramai pelabur asing tertarik nak melabur dalam Malaysia.

Pegangan saham asing CIMB Group Holdings Bhd melonjak 24.5% pada bulan November 2021 selepas kali terakhir mencatat rekod tertinggi 25.6% pada May 2020.

Menurut laporan yang dikeluarkan, catatan 24.5% tersebut berjaya mengatasi catatan 23.9% yang dicatat pada Oktober 2021.

Setakat 30 November 2021, pemegang saham utama CIMB adalah Khazanah Nasional Bhd dengan pegangan 25.7%, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 14.9%, Permodalan Nasional Bhd (PNB) 11.9% dan Kumpulan Wang Persaraan (Dioerbadankan) (KWAP) 6.8%.

Setakat sesi pagi, saham CIMB naik 0.19% atau 1 sen pada RM5.40 dengan nilai permodalan RM55.09 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat