Pelabur Institusi FUD? Mereka Kini Beralih Kepada Emas Pula!

811

Kebanyakan pelabur institusi membuat u-turn, beralih kepada emas apabila Bitcoin (BTC) secara mendadak susut, lagi-lagi apabila China semakin mencengkam pasaran kripto dan Tesla mengumumkan penangguhan penggunaan BTC sebagai medium pembayaran.

Kajian yang dijalankan oleh JPMorgan mendapati lambakan pelabur institusi telah menukar strategi, beralih kepada komoditi emas ketika BTC mencatatkan harga di bawah $40,000.

Penganalisis mendapati para pelabur institusi berdepan dengan kebimbangan disebabkan ketidaktentuan yang melanda pasaran kripto (fear, uncertainty, doubt – FUD), menyebabkan mereka melakukan penjualan panik (panic selling).

Secara tidak langsung, kali ini Bitcoin menyaksikan liquidation terbesar sejak Oktober 2020.

Malah, sejak suku pertama 2021 lagi aliran masuk dana institusi ke dalam Bitcoin menunjukkan penurunan, sekaligus merekodkan kadar negatif pada awal April.

Boleh jadi perubahan minat ini juga dapat dikaitkan dengan ketidaktentuan harga Bitcoin yang tinggi, ditambah pula dengan kadar kebimbangan terhadap inflasi yang meningkat menyebabkan kripto tidak lagi menarik jika dibandingkan dengan emas. Atau mungkin harga semasa Bitcoin terlalu tinggi, menyebabkan mereka nekad menjual BTC dan membeli emas.

Apa-apa pun, emas telah menyaksikan lonjakan 6% sejak awal Mei. Ketua strategi komoditi Bloomberg, Mike McGlone, berpendapat emas mungkin sudah mula bullish namun, Bitcoin akan terus bangkit.

Ketika penulisan, Bitcoin sebentar tadi berjaya menyentuh paras $40,000 sebelum susut 1.84% kepada $39,465 dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat