Pelabur Mulai Menghindari Daripada Pelaburan Berisiko, Ini Sentimen Terkini!

772

Matawang US dolar sebelumnya berada dalam tekanan kerana dipengaruhi oleh data ekonomi Amerika Syarikat dan sikap optimis pasaran terhadap keberkesanan vaksin Covid-19. Namun dalam masa yang sama, matawang yang berisiko sukar mengekalkan keuntungan berikutan ketidapastian dalam pasaran.

Pihak pentadbiran Jerman telah mengambil keputusan untuk mengetatkan langkah-langkah bagi menyekat penularan wabak Covid-19 seperti perintah berkurung. Langkah tersebut dijangka akan mengekang pertumbuhan ekonomi Jerman namun ia dapat menyekat penularan Covid-19 dan mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan sebagaimana yang dikatakan oleh Angela Merkel pada hari Khamis.

Menurut penganalisis, pergerakan US dolar pada awalnya berada dalam tekanan setelah minit mensyuarat Rizab Persekutuan memberi isyarat bahawa mereka akan mengukuhkan program pelonggaran kunatitatif pada pertemuan berikutnya pada bulan Disember.

Federal Reserve (Fed) telah membincangkan mengenai bagaimana program pelonggaran kuantitatif dapat dikembangkan untuk menyokong pemulihan, termasuk meningkatkan kadar pembelian atau memperpanjangkan tempoh bon.

Lee Hardman, penganalisis mata wang di MUFG, menganggarkan bahawa petunjuk baru itu dapat menunjukkan Fed komited untuk terus membeli sekurang-kurangnya $ 120 bilion sekuriti. Walau bagaimanapun, ukuran program QE tidak semestinya di tingkatkan.

Matawang GBP terus menunjukkan penyusutan berbanding US dolar kerana kekhuatiran terhadap halatuju rundingan perdagangan Brexit. Matawang Euro mula susut selepas mencapai paras tertinggi 3 bulan kerana kebimbangan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Riksbank, yang merupaka bank pusat Sweden telah meningkatkan program pelonggaran kuantitatif dan mendorong penyusutan matawang crown.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat