Pelabur Rasa Dikhianati, Data Terbaru US Boleh Ubah Pendirian Fed

551

Bacaan kukuh data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) menyebabkan ekuiti susut dari paras tertinggi 2 bulan dengan harapan Federal Reserve (Fed) kurang agresif dengan dasar pengetatan monetarinya musnah.

Difahamkan data jualan runcit menyaksikan lonjakan 1.3% pada Oktober berbanding unjuran pasaran 1%, dan perkara ini membangkitkan semula pandangan bahawa ekonomi mampu tampung kesan kenaikan kadar agresif oleh Fed.

Perkara tersebut ditambah dengan prospek jualan gergasi peruncitan AS, Target Corp yang rendah untuk musim percutian (Krismas) menambah kegusaran pelabur.

Hasilnya, Dow Jones Jones Industrial jatuh 0.12% sementara S&P 500 hilang 0.83% dan Nasdaq Composite turun 1.54%.

Sungguhpun dolar dilihat masih bergerak mendatar, penganalisis Convera iaitu Joe Manimbo menyatakan greenback sedikit menstabil ekoran krisis geopolitik dan tanda pengukuhan ekonomi AS dalam bentuk jualan runcit.

Hasil Perbendaharaan menyaksikan penanda aras nota 10 tahun susut 10.4 mata asas pada 3.695% sementara hasil 2 tahun pada 4.35%.

Menyingkap keadaan di Eropah, indeks STOXX 600 jatuh 1% yang mematahkan rali keuntungan 4 harinya dengan tolok MSCI saham global susut 0.82% iaitu di bawah paras tertinggi 2 bulan yang dicatat sebelum ini.

Di Asia pula menyaksikan Nikkei 225 Jepun susut 0.28%, Topix raih 0.2% dan S&P/ASX 200 Australia canak 0.21%.

Dalam pada itu, kemas kini terbaru berkenaan letupan di Poland mendapat pencerahan apabila Presiden Andrzej Duda mengesahkan puluru berpandu tersebut bukan milik Rusia tetapi serpihan yang ditembak oleh Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat