Pelonggaran Polisi ECB Masih Panjang Dan Belum Pasti Dihentikan

53

European Central Bank (ECB) bersedia untuk mengurangkan rangsangan monetari luar biasa mereka jika ekonomi bertambah baik, tetapi tindakan itu masih belum pasti, kata tiga orang dari ahli ECB pada Khamis.

Inflasi dan pertumbuhan ekonomi di Zon Eropah kini telah melonjak semula tetapi ECB masih belum yakin pemulihan ekonomi akan berterusan jika program pembelian bon dihentikan dan kadar faedah dinaikkan. Ini menunjukkan pasaran berkemungkinan tidak akan melihat sebarang perubahan polisi pada mesyuarat 8 Jun.

Coure salah seorang Lembaga Eksekutif yang dilihat rapat dengan Presiden Draghi mengatakan ECB tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengurangkan sokongan monetari setelah mereka berpuas hati inflasi Zon Eropah telah mencapai sasaran inflasi.

Tetapi pendapat beliau mungkin berhadapan dengan halangan dari ahli-ahli ECB yang masih berhati-hati. ECB terdiri daripada 19 gabenor bank pusat dan juga enam orang Lembaga Eksekutif.

Dalam mesyuarat April, ECB masih enggan memberi sebarang isyarat kepada pengetatan polisi kerana ia akan mengecewakan pasaran. Hal ini juga boleh mengganggu usaha bank pusat selama ini seperti yang dinyatakan oleh ketua penganalisis ekonomi Peter Praet.

“Selepas tempoh yang lama dalam akomodasi polisi monetari, perubahan yang sedikit dalam komunikasi ECB akan memberi kesan yang kuat apabila ia dianggap sebagai perubahan polisi monetari,” minit mesyuarat ECB.

Penganalisis menjangka tiada perubahan besar pada 8 Jun di mana Gabenor Lithuania Vitas Vasiliauskas berkata sudah sampai masanya ECB mengkaji semula panduan yang telah diberikan iaitu “melihat pembelian bon sekurang-kurangnya sehingga Disember dan kadar faedah kekal di paras semasa atau lebih rendah lagi.”

“Jika data petunjuk ekonomi semakin baik, logiknya kita perlu mengambil langkah membincangkan kecenderungan pelonggaran,” kata Vasiliauskas kepada Reuters.

Bank pusat sebelum ini mengatakan ECB dijangka akan menunggu sehingga September bagi membincangkan sama ada meneruskan pembelian bon pada 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat