Peluang Menang Kurang 3%, SEC Bakal Ditumpaskan! – John Deaton

823

“Adakah pasaran kripto akan pulih semula jika XRP dapat kalahkan SEC?”

John Deaton, peguam pro-mata wang kripto Ripple (XRP) mendedahkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) hanya mempunyai peluang kurang daripada 3% untuk memenangi pertikaian undang-undangnya.

Ulas Deaton lagi, XRP kebarangkalian memiliki 25% untuk menang tuntutan mahkamah SEC yang telah berlangsung sejak Disember 2020, bagaimanapun terdapat 50% ia akan menuntut kemenangan tetapi merugikan kedua-dua pihak.

Sungguhpun Hakim Torres memutuskan XRP telah dijual sebagai sekuriti tidak berdaftar, komunitinya kini sedang memerhatikan dokumen Hinman yang mampu menjadi penyelamat untuk aset digital itu susulan ia boleh berubah daripada sekuriti kepada komoditi.

Berikutan Hakim Torres mungkin akan membuat keputusan pada 30 September 2023, Deaton mencadangkan hakim daerah menyediakan senarai enam bulan yang dikatakan mempunyai summary judgment kepada Kongres.

Seterusnya Deaton berkata bahawa komuniti XRP harus memberi sepenuh perhatian semasa 13 Jun 2023 kerana pelabur dapat mengetahui sama ada aset digital tersebut telah dibincangkan oleh pekerja SEC sebelum ucapan Hinaman ataupun tidak.

Selain meramalkan harga XRP bakal melepasi $2 dan $10, peguam itu sungguh percaya pemegang aset digital tersebut akan memperoleh keuntungan yang sangat besar daripada keputusan positif dalam tuntutan mahkamah.

Pun begitu, harga XRP menjunam sebanyak 4.96% pada paras $0.50 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $26 bilion tetapi masih mencatatkan kenaikan sekitar 3.12% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat