Pemberontakan Dalaman Semakin Meningkat! Boris Johnson Semakin Terdesak

399

Perdana Menteri UK, Boris Johnson kini berada dalam keadaan terdesak untuk menyakinkan para penggubal undang-undang yang membangkang untuk menyokong rang undang-undang yang diusulkan beliau melalui pungutan undian pada hari Isnin. Rang undang-undang (RUU) yang diusulkan oleh beliau pada minggu lepas didapati akan melanggar undang-undang antarabangsa dengan melanggar sebahagian perjanjian Brexit.

Dewan Rakyat akan membahaskan RUU Pasaran Dalaman, dimana EU telah meminta untuk menuntaskan semuanya pada akhir September. Selepas perbahasan melalui pungutan suara, para penggubal undang-undang akan memutuskan apakah rang undang-undang tersebut harus diteruskan ke peringkat seterusnya atau tidak.

Rancangan Johnson untuk bertindak melanggar undang-undang antarabangsa telah menyebabkan krisis Brexit menjadi tegang kembali dimana hanya berbaki 4 bulan tarikh akhir dan ia turut meletakkan rundingan perdagangan dalam keadaan berisiko tinggi.

Para diplomat dan pegawai EU mengatakan bahawa blok Eropah boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Britain, walaupun tidak ada penyelesaian sebelum tarikh akhir tahun ini.

Johnson yang mempunyai majoriti di dewan rakyat sedang berhadapan pembangkangan yang semakin meningkat dalam kalangan ahli dewan rakyat. Malah tekanan juga datang daripada bekas menteri.

Pihak pentadbiran EU telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak boleh mempercayai pihak yang melanggar perjanjian. Jika rang undang-undang tidak disimpulkan dengan berkesan maka berkemungkinan tidak akan ada perjanjian perdagangan bermula dari bahagian kenderaan sehingga makanan. Matawang pound telah jatuh 3% pada minggu lalu kerana kebimbangan terhadap perjanjian Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat