Pencapaian Perjanjian Brexit Mendorong Pengukuhan Matawang Pound!

317

US dolar kekal lemah pada hari Khamis, manakala disisi lain matawang sterling masih mengekalkan pengukuhan yang dicapai sebelum ini selepas laporan melaporkan bahawa UK dan Kesatuan Eropah telah mencapai perjanjian Brexit.

Matawang pound melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lima bulan selepas UK dan Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan perjanjian Brexit telah dicapai yang sebelum ini peningkatannya turut dipengaruhi oleh kenyataan daripada ketua perunding EU Michel Barnier bahawa persetujuan Ireland Utara bukan penghalang untuk mencapai perjanjian.

Pemimpin Eropah,Jean-Claude Juncker dan Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengumumkan persetujuan perjanjian di laman Twitter. Walaubagaimanapun, Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara telah menolak cadangan PM UK Boris Johnson berhubung isu persetujuan dan sempadan.

Matawang GBP mengukuh sebanyak 0.27% berbanding US dolar pada paras bacaan 1.2864 setakat jam 11.30 p.m. Dalam masa yang sama, matawang Euro juga mengukuh berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 0.47% kepada paras 1.1123.

Walaubagaimanapun, US dolar kekal susut. Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam didagangkan susut sebanyak 0.40% ke paras 97.338 setakat jam 11.30 p.m.

Pada hari Rabu, laporan menunjukkan jualan runcit A.S bulan September jatuh buat pertama kali dalam tempoh 7 bulan dan laporan daripada the Fed bahawa perkembangan ekonomi berada dalam keadaan mengkhuatirkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat