Pendapatan Meningkat 27%, Nestle Terus Komited Untuk Pacu Trajektori Kekal Positif

139

Nestle (Malaysia) Bhd menyaksikan peningkatan keuntungan bersih pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 sebanyak 27.5% kepada RM134.53 juta daripada RM105.53 pada tahun lalu.

Pengeluar makanan dan minuman (F&B) itu mengatakan bahawa prestasi tersebut disokong oleh lonjakan dalam pendapatan namun ia agak sederhana oleh kerana harga komoditi yang lebih tinggi.

Selain itu, peningkatan pada perbelanjaan pemasaran berbanding dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020 serba sedikit mempengaruhi prestasi berkenaan.

Kumpulan itu mengatakan bahawa pendapatan suku tahunannya meningkat kepada RM1.38 bilion berbanding RM1.22 bilion pada tahun sebelumnya yang dipacu oleh pertumbuhan penjualan domestik yang kukuh sebanyak 15.8%.

Namun demikian, hal tersebut telah mendorong pendapatan sesahamnya melonjak kepada 57.37 sen daripada 45 sen.

Meneliti kepada momentum terkini, Nestle terus komited untuk memacu trajektori positif pada separuh kedua tahun ini dengan berusaha untuk memberi pertumbuhan yang mampan pada tahun 2021 dan dalam masa yang sama menyokong Malaysia bergerak ke arah pemulihan.

Dalam pada itu, Nestle juga ada melancarkan inisiatif pemecut penyelidikan dan pembangunan (R&D) serantau baharu di Singapura.

Pelancaran berkenaan adalah bertujuan untuk menyediakan platform berkelas dunia bagi syarikat untuk membangunkan serta menguji konsep baharu dalam tempoh enam bulan.

Pelancaran itu juga bersempena ulang tahun ke-40 pusat R&D Nestle di Singapura.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat