Penerbitan Data NFP Buatkan ‘Para Trader’ Lihat Adanya Sinar Baru!

1,332

Data yang ditunggu-tunggu pasaran baru sahaja dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Jumaat malam. Dalam laporan yang dikeluarkan, pekerjaan kembali mencatat pertumbuhan pada bulan Januari dengan gaji bukan ladang (NFP) positif naik sebanyak 49,000 dan kadar pengangguran turun kepada 6.3%.

Laporan NFP ini merupakan laporan pertama sejak Amerika Syarikat dimpimpin di bawah pentadbiran Joe Biden. Berdasarkan tinjauan, pakar ekonomi mensasarkan ekonomi akan mencatat pertumbuhan pekerjaan sebanyak 50,000 dan kadar pengangguran tidak berubah pada 6.7%. Walaupun begitu data yang dikeluarkan pada hari ini tidak begitu jauh tersasar.

Penganalisis berpendapat bahawa terdapat penurunan pengangguran yang mendadak di tengah kadar penyertaan tenaga buruh tidak berubah. Ukuran kadar pengangguran yang lebih rinci juga menunjukkan peningkatan dengan jatuh kepada 11.1% daripada 11.7% yang dikecapi pada bulan Disember.

Sejak berlakunya pandemik, berjuta-juta rakyat telah menganggur disebabkan layoff secara besar-besaran pada bulan Mac dan April 2020. Walaupun begitu lebih daripada separuh kerugian tersebut telah berjaya dipulihkan dan kebanyakkan sektor sudah mula mencatat prestasi pra pandemik.

Para pakar mensasarkan ekonomi A.S akan berkembang dengan pantas pada pertengahan tahun ini yang sebahagian besar akan didorong oleh pengedaran vaksin. Indeks US dolar masih mencatat di paras penyusutan yang didagangkan pada paras pertukaran 91.297 berbanding matawang utama lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat