Penetapan Dasar Bank of Canada Akan Menjadi Tumpuan Pasaran Sesi New York

559

Walaupun sesi pasaran kewangan hari ini bergerak agak mendatar tetapi pasaran forex menyaksikan permintaan para pelabur dalam aset yang berisiko tinggi atas faktor suasana yang positif selepas perbincangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China dijangka mencapai perjanjian yang baik. Matawang komoditi, AUD terutamanya meningkat pada dagangan Eropah atas faktor prospek perbincangan perdagangan ini.

Beralih kepada perkembangan drama Brexit pula, peluang untuk perjanjian Brexit Theresa May dilihat tipis untuk mendapat kelulusan daripada Parlimen dimana undian peringkat Parlimen dijadualkan akan berlangsung pada 15 Januari depan. Impak daripada ini, masa depan Britain dilihat masih tidak menentu sekaligus meningkatkan risiko untuk Britain keluar dengan cara ‘hard-Brexit‘ pada 29 Mac ini.

Menjelang pembukaan sesi New York malam ini, tumpuan pelabur akan beralih kepada bank-bank pusat utama dengan Bank of Canada (BoC) akan mengumumkan keputusan kadar faedahnya manakala Federal Reserve akan mengeluarkan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis. BoC dijangka akan mengekalkan kadar faedahnya pada kadar 1.75% seperti sebelumnya namun pelabur akan memberi perhatian terhadap unjuran ke hadapan yang akan disampaikan oleh bank pusat Canada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat