Pengasas Ethereum Kecam Elon Musk Nak Beli Twitter?

356

Tawaran pembelian Twitter yang dibuat oleh pengasas Tesla, Elon Musk pada minggu lepas mendapat perhatian pengasas Ethereum, Vitalik Buterin.

Sebagai rekod, Musk menawarkan $43 bilion tunai dalam pembelian tersebut dengan harapan mahu menjadikan Twitter lebih desentralisasi.

Tetapi, pengasas bersama Dogecoin (DOGE), Jackson Palmer turut bersuara, menyifatkan tindakan Musk menyebabkan platform media sosial itu semakin ‘terkawal’.

Kali ini, Buterin pula bersuara melalui perkongsian rasmi di laman Twitter pada hujung minggu.

Menurutnya, dia menerima kehadiran Musk untuk mengelola platform tersebut tetapi dia kurang gemar dengan cara orang kaya atau organisasi mengambil alih syarikat media sosial melalui penawaran yang bersifatkan permusuhan.

Buterin kemudian memberi contoh, mengaitkan kehadiran kerajaan luar yang berbuat demikian. Sudah tentu trend ini sangat tidak kena.

Lebih membimbangkan apabila figura itu turut menekankan kuasa seseorang yang cuma memiliki 5.2% saham Twitter tetapi mampu mengawal polisi sehingga lebih 10x ganda jika pemilikannya meningkat kepada 50%.

Twit Buterin mendapat perhatian figura terkenal termasuk bekas CEO Twitter, Jack Dorsey dan pengasas Binance, Changpeng Zhao (CZ).

Menurut CZ, situasi ini mendedahkan bagaimana kapitalisme berlaku dan mendakwa ada sesuatu lebih besar yang tidak ramai ketahui.

Twitter desentralisasi? Ramai rupanya OK!

Pengasas TRON, Justin Sun tampil menyokong inisiatif Musk dan menawarkan pembelian Twitter dengan harga yang lebih tinggi pada nilai $60 seunit, berbeza Musk cuma tawarkan $54.

CEO FTX, Sam Bankman-Fried pula ada memuatnaik penerangan bagaimana Twitter beralih kepada desentralisasi:

Tidak ketinggalan pengasas Cardano, Charles Hoskinson yang terlebih awal mencadangkan laman media sosial baharu bagi menggantikan Twitter dengan objektif desentralisasi.

Apa pendapat kalian jika Twitter benar-benar diambil alih oleh Elon Musk?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat