Penghubung Rangkaian Harmony-Ethereum Digodam, RM440 Juta Lenyap!

591

Horizon, penghubung antara rangkaian Ethereum, Binance Smart Chain (BSC) dan rangkaian blockchain Harmony, telah digodam sehingga mengakibatkan $100 juta (RM440.45 juta) hilang dicuri.

Harmony berkata dalam ciapannya di Twitter bahawa penggodaman ini berlaku pada pagi Khamis, dan ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa negara dan pakar forensik untuk mengenal pasti pelakunya serta mendapatkan semula dana yang dicuri.

Ini adalah penggodaman penghubung utama ketiga yang berlaku pada tahun ini, di mana pada Februari, penggodam telah mencuri lebih daripada $300 juta (RM1.34 bilion) daripada Wormhole, penghubung rangkaian Ethereum dan Solana.

Pada akhir Mac, penghubung rangkaian Ronin pula digodam sehingga menyebabkan kerugian kira-kira $620 juta (RM2.6 bilion).

Penghubung atau bridge amat mudah terdedah kepada penggodaman berikutan teknologinya adalah kompleks dan ia sering dikendalikan oleh anonymous.

Untuk pengetahuan, Horizon membenarkan pengguna menukar aset seperti token, stablecoin dan NFT antara Ethereum, Binance Smart Chain (BSC) dan blockchain Harmony.

Token natif Harmony, ONE merosot lebih 4% kepada $0.023 ketika artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat