Pengukuhan Yen Menekan Harga Pada GBP/JPY, Mampukah Harga Melonjak Semula?

296

Matawang British Pound bergerak perlahan namun masih kekal berada di paras yang kukuh berbanding matawang utama yang lain sementara pelabur menantikan perkembangan terbaru isu Brexit.

Kini undian pilihanraya UK masih lagi berpihak pada Perdana Menteri Boris Johnson untuk pilihanraya yang bakal diadakan pada Disember nanti.

Bukan sahaja rakyat negara UK, namun sokongan turut dilihat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menyatakan kritikan terbuka terhadap ketua Parti Buruh pembangkang, Jeremy Corbyn dengan mengatakan pemilihan beliau adalah “tidak baik” buat Britain.

Namun, jika dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY semalam, harga membuat penurunan sekitar 100 pips dari paras zon resistance.

Penurunan adalah disebabkan pengukuhan Yen yang menekan harga ke paras lebih rendah berikutan sentimen pasaran yang kembali berisiko selepas laporan China yang meragui rundingan jangka masa panjang bersama Amerika Syarikat sukar untuk mencapai kesepakatan.

Harga yang bergerak hampir menyentuh paras ketinggian 140.700 pada zon resistance semalam kemudiannya dilihat telah melakukan penurunan lebih rendah melepasi garisan sokongan pada Moving Average 50 (MA50) menuju paras 139.600.

Bersambung pada sesi dagangan Asia hari ini, harga dilihat mula membuat kenaikan semula namun masih bergerak di bawah paras MA50 dengan pergerakan perlahan menuju pembukaan sesi pasaran Eropah.

Jika risiko pasaran terus mengukuhkan Yen, harga bakal ditekan ke paras lebih rendah menuju zon support pada 139.200. Harga beberapa kali menguji zon tersebut pada minggu lalu namun gagal meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan berkemungkinan disokong bacaan data PMI perkilangan UK yang memberangsangkan, harga bakal menguji semula paras ketinggian semalam sebelum meneruskan kenaikan menuju paras resistance pada 141.300.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat