Pengumuman ECB Semalam Turut Memberi Kesan Kepada Logam Berharga

50

Harga emas menyusut lebih rendah pada Jumaat berikutan pengukuhan matawang gergasi. US Dollar kekal mengukuh selepas pengumuman ECB berkenaan dengan keputusan dasar terkini semalam.

Di Comex, gold futures menjunam sebanyak 0.18 peratus pada $1,170.35.

Selain ECB, US Dollar juga mendapat sokongan selepas data tuntutan awal pengangguran melaporkan bahawa data pengangguran jatuh sebanyak 10,000 kepada 258,000 minggu lalu.

Kekuatan US Dollar ini memberi tekanan buat logam berharga. Hal ini kerana peningkatan US Dollar akan membuatkan komoditi ini lebih mahal untuk pemegang matawang lain.

Dalam masa yang sama, sentimen US Dollar kekal rapuh menjelang mesyuarat Fed minggu depan walaupun pasaran masih menjangkakan potensi kenaikan kadar dalam mesyuarat tersebut.

Bagi komoditi lain, silver futures merosot kepada 0.37% sementara copper futures melonjak 0.72% sepound.

Jepun Menaruh Harapan Tinggi Terhadap Perjanjian TPP

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat