Pengumuman Pendirian Gabenor BoE Terhadap Ekonomi UK Buatkan Pelabur Berjaga-Jaga!

325

Gabenor Bank of England (BoE) tampil memberi gambaran mengenai perkembangan ekonomi UK pasca-pandemik selepas setahun. Beliau menyatakan pendirian bahawa beliau optimis dengan ekonomi UK dan dalam masa yang sama harus berhati-hati. Beliau juga menjangkakan tidak akan lonjakan inflasi yang besar.

UK sebelum ini menjadi antara negara yang mencatat kematian Covid-19 tertinggi di Eropah dan mengalami penguncupan ekonomi terbesar dalam tempoh 300 tahun. Namun begitu, pelancaran program vaksinasi Covid-19 yang cepat telah menjangkau lebih dari 40% orang dewasa bagi suntikan pertama.

Keputusan menteri kewangan Rishi Sunak minggu lalu telah memperpanjangkan program sokongan sektor pekerjaan sehingga akhir September dan hal ini akan membatasi pengangguran.Bajet kewangan yang diumumkan oleh Sunak juga merangkumi langkah-langkah yang mendukung pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan yang besar dalam infrastruktur, kemahiran dan inovasi.

Walaupun begitu, Bailey menyatakan ada banyak ketidakpastian dalam perubahan ekonomi yang sedang berlaku pasca-Covid-19. Pada bulan lalu, BoE menyatakan ekonomi Britain mungkin akan merosot sebanyak 4% dalam tiga bulan pertama 2021 sebelum mencatat pemulihan.

Sejak-sejak akhir ini, hasil bon kerajaan di UK dan negara-negara lain telah meningkat tinggi kerana para pelabur menjangkakakan pertumbuhan lebih tinggi dan inflasi. Justeru tugas pentadbiran pada ketika ini adalah mencapai kadar inflasi seperti yang disasarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat