Pengumuman Terbaru Toshiba Punca Saham Meledak!

910

‘Di ambang pengakhiran, akhirnya muncul sinar.’

Syarikat konglomerat Jepun, Toshiba Corp kini terbuka kepada sebarang tawaran perjanjian termasuk potensi pembelian bagi mengukuhkan harapan untuk penjualan oleh pelaburnya.

Ekoran daripada itu, saham Toshiba melonjak hampir 5% sesama sesi dagangan awal pagi di Tokyo.

Perkara tersebut telah diumumkan Toshiba, yang sedang bergelut dengan pemegang saham utamanya mengenai hala tuju syarikat dan juga sebelum mesyuarat agung tahunan pada bulan Jun, telah menandakan betapa besar tekanan daripada pelabur untuk pertimbangan penjualan.

Difahamkan sebelum ini para pelabur syarikat telah menghubungi Toshiba secara terbuka dan beberapa kali secara tertutup mengenai hala tuju syarikat.

Buat masa ini, pihak Toshiba telah melantik Nomura Securities sebagai penasihat kewangan untuk membincangkan alternatif strategik termasuk potensi penswastaan.

Menurut sumber, salah satu pemegang saham terbesar Toshiba, Effissimo Capital Management pada bulan lalu telah mengesahkan bahawa mereka setuju untuk menjual kepentingan yang dipegang kepada Bain Capital.

Effissimo Capital Management menerangkan andai firma ekuiti persendirian Amerika Syarikat (AS) tersebut melancarkan tawaran tender, ia akan menambah tekanan kepada Toshiba untuk melakukan semula perbincangan pembelian.

Namun, Bain menyatakan tiada sebarang keputusan sudah dibuat mengenai bidaan pengambilan walaupun Nikkei pernah melaporkan firma itu merancang untuk bekerjasama dengan dana pelaburan Jepun bagi membuat tawaran.

Setakat yang diketahui, penyertaan dana tempatan dilihat kritikal memandangkan beberapa aset Toshiba termasuk peralatan pertahanan dan kuasa nuklear dilihat penting secara strategik di Jepun.

Dalam pada itu, saham Toshiba naik 4.5% pada 5,404 Yen atau US$42.19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat