Pentadbiran Biden Isytihar Perang Terhadap Amalan Perdagangan China!

852

Laporan terkini melaporkan bahawa pentadbiran presiden Amerika Syarikat (A.S) akan mengerahkan segala usaha yang untuk membanteras amalan perdagangan China yang tidak adil. Walaubagaimanapun, dokumen yang dikeluarkan tersebut tidak memperincikan alat atau langkah bagaimana yang akan digunakan oleh pentadbiran A.S.

Namun dokumen tersebut memberi indikasi bahawa terdapat kenyataan jelas tentang sikap petndabiran A.S terhadap amalan perdagangan China. Dalam kenyataan bertulis tersebut menyatakan pentadbiran Biden akan melakukan tinjauan komprehensif mengenai mengenai dasar perdagangan A.S. terhadap China.

Perkara termaktub yang di ambil kira ialah pemindahan teknologi secara paksaan, pemerolehan dan pelanggaran harta intelektual Amerika, kegagalan berlaku adil terhadap syarikat A.S dan beberapa perkara lagi. Pentadbiran A.S akan melakukan kerjasama dengan rakan kongsi dan sekutu bagi memastikan China memenuhi tanggungjawab perdagangan mereka.

Katherine Tai, calon Biden Wakil Perdagangan A.S., berpendapat bahawa tarif adalah “alat yang sah” untuk melawan model ekonomi yang digerakkan oleh negara China. Perjanjian perdagangan yang ditandatangani oleh A.S. dan China tahun lalu telah menangguhkan pertarungan tarif yang mengancam ekonomi global.

Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Peterson Institute of International Economics, China setakat ini gagal membeli sejumlah barang Amerika diperlukan yang ditetapkan dalam perjanjian perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat