Perbelanjaan Pengguna U.S. Mendatar Pada Oktober

35

Perbelanjaan pengguna Amerika Syarikat mendatar pada Oktober dengan petunjuk harga juga tidak banyak yang berubah.

Statistik yang dikeluarkan pada Khamis menunjukkan perbelanjaan pengguna yang mewakili lebih daripada dua per tiga aktiviti ekonomi U.S. meningkat 0.3% bulan lalu selepas meningkat 0.9% yang dikaji semula pada September.

Perbelanjaan pengguna pada September merekodkan peningkatan tertinggi sejak Ogos 2009 yang dipandu oleh peningkatan pembelian kenderaan selepas Texas dan Florida dilanda ribut Harvey dan Irma.

Tinjauan yang dibuat oleh Reuters menunjukkan penganalisis ekonomi meramalkan kenaikan perbelanjaan pengguna sebanyak 0.3% pada Oktober.

Bacaan inflasi keutamaan The Fed iaitu perbelanjaan penggunaan peribadi (personal consumption expenditure, PCE) yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga (Core-PCE) naik 0.2% pada Oktober. Bacaan tahunan Core-PCE pula naik 1.4% dalam tempoh 12 bulan sehingga Oktober sejajar dengan bacaan sebelum ini.

Bacaan Core-PCE telah bergerak di bawah sasaran 2% sejak lima setengah tahun yang lalu. Menurut kenyataan bank pusat sebelum ini, tidak banyak isyarat yang menunjukkan kenaikan inflasi di masa akan datang. Janet Yellen hanya menyatakan harga akan meningkat jika pasaran pekerjaan semakin ketat di mana pengangguran semakin berkurangan. Dalam data sama, pendapatan peribadi naik 0.4% bulan lalu selepas meningkat pada kadar sama bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat