Pergerakan Matawang Tidak Bermaya, Macam Mana Nak Trade Ni?

493

Pergerakan perlahan matawang berterusan sehingga ke sesi Eropah, dengan dolar greenback terus didagangkan di sekitar harga yang sama berbanding kebanyakan matawang utama.

Ketika penulisan, indeks dolar diniagakan pada 90.27 berbanding pesaing utamanya. Hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula kekal stabil pada 1.62%.

Sentimen yang bercampur-campur dalam pasaran mengekang pergerakan matawang dari bergerak lebih agresif.

Bacaan data jualan runcit AS yang mengecewakan jangkaan pasaran, telah memberi peluang buat kebanyakan matawang utama untuk meningkat lebih tinggi sejak Jumaat lalu.

Jualan runcit AS tidak menunjukkan pertumbuhan pada bulan April, turun dari 10.7% yang dicatatkan sebelumnya. Sementara jualan teras jatuh sebanyak 0.8% daripada kenaikan 9.0% pada bulan sebelumnya.

Ini menyebabkan spekulasi pasaran untuk Federal Reserve (Fed) mengetatkan dasar monetarinya di tengah tekanan inflasi yang meningkat, semakin berkurang.

Perlambatan dalam pemulihan ekonomi nampaknya tidak tertumpu pada AS sahaja, lebih-lebih lagi China turut memaparkan pertumbuhan yang lebih perlahan dalam data jualan runcit yang diterbitkan pada sesi Asia tadi.

Ini menunjukkan pemulihan ekonomi global masih tidak menentu dan tidak rata, ditambah lagi dengan peningkatan kes yang semakin membimbangkan di India.

Penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada hari Khamis akan menjadi tumpuan utama pasaran bagi mendapatkan petunjuk mengenai pelonggaran dasar monetari semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat