Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Asia

50

Forex

Matawang U.S dolar didagangkan tinggi berbanding matawang yen dalam pembukaan pasaran Asia pada hari Isnin.

US dolar mencatat bacaan 111.72 berbanding yen dalam sesi dagangan Asia dengan pengukuhan sebanyak 0.47% . Manakala AUD menyusut sebanyak 0.11% kepada 0.7605 berbanding US dolar. Matawang Euro menyusut sebanyak 0.23% kepada 1.1869. setakat jam 10.25 pagi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh 0.28% kepada 93.07 dalam sesi dagangan Asia pada hari Isnin setakat jam 10.25 pagi.

Pengukuhan US dolar didukung oleh beberapa faktor dibawah :

  • Senat Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan satu rang undang-undang tentang pengurangan cukai besar-besaran melalui pengundian pagi semalam.
  • Melalui perdebatan beberapa hari berturut-turut, Senat yang diduduki majoriti Parti Republikan telah meluluskan rang undang-undang tersebut dengan 51 undi sejutu dan 49 undi menentang. Semua anggota Parti Demokratik dan seorang anggota Republikan membuang undi menentang.

Minyak

Harga minyak jatuh dalam pasaran Asia pada hari Isnin.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.54% kepada $58.05 setakat jam 10.25 pagi.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.28% kepada $63.44 setong setakat jam 10.25 pagi.

  • Kejatuhan ini didorong oleh pengambilan atas keuntungan berikutan lanjutan perjanjian potongan pengeluaran minyak oleh pengelur minyak utama.
  • OPEC bersama Rusia dan 9 pengeluar utama lain yang telah berjanji menghadkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari (bdp) sejak Januari lalu dan bakal tamat pada Mac 2018 telah bersetuju untuk memperpanjangkan lagi tempoh pemotongan sehingga akhir tahun hadapan.
  • Perjumpaan pada Khamis lepas di Vienna juga memberi indikasi, jika harga naik terlalu tinggi, perjanjian tersebut mungkin akan dibatalkan.
  • Pasaran memberi tumpuan pada bekalan minyak mentah US kerana khuatir peningkatan bekalan akan mencantas usaha yang dilakukan oleh OPEC.

Emas

Harga emas jatuh dalam pasaran Asia seperti jangkaan berikutan kelulusan oleh Senat Amerika Syarikat berkenaan reformasi cukai Trump walaupun dihimpit dengan siasatan campurtangan Rusia dalam pilihan raya lalu.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.34% pada Isnin kepada $1,277.90 setakat jam 10.25 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat