Perhatian Semua! Calon Presiden Pro-BTC Ini Tewaskan Biden!

464

“Hmm agaknya pasaran kripto kat AS akan berkembang ke kalau beliau jadi presiden?”

Calon Presiden Demokrat dan penyokong mata wang kripto Bitcoin (BTC) , Robert F. Kennedy Jr (RFK) semakin mendapat daya tarikan dalam aspirasinya untuk mengambil alih White House sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

Dilaporkan bahawa penilaian kelulusan melalui tinjauan pendapat untuk RFK menjawat jawatan tersebut adalah sebanyak 49% berbanding 44% yang diperoleh oleh Presiden Joe Biden.

Sebagai negara demokrasi terbesar di dunia, tinjauan pendapat sebegini sangat penting untuk menggambarkan calon manakah yang layak menjadi presiden, oleh itu di sini dapat dilihat siapakah mungkin dapat memimpin negara AS.

Umum mengetahui RFK adalah orang ke-4 dalam keluarganya yang bertanding jawatan Presiden AS susulan beliau ingin bina warisan bapa saudaranya iaitu John F. Kennedy yang berkhidmat sebagai Presiden AS ke-35 dari 1961 sehingga pembunuhannya pada 1963.

Sejak RFK mengisytiharkan hasratnya untuk bertanding jawatan presiden AS, beliau yang mempunyai baki beberapa bulan lagi telah memenangi hati ramai orang dengan ideologi dan aktivisme alam sekitarnya.

RFK adalah salah seorang calon presiden pertama mengisytiharkan secara tegas dalam kempen berterusannya bahawa BTC mewakili simbol demokrasi susulan sifatnya yang decentralized tanpa pihak ketiga.

Jika RFK ingin memenangi kerusi teratas, beliau perlu menewaskan Presiden Biden dalam pemilihan utama dan sesiapa sahaja daripada Calon Republika, antaranya adalah Presiden Donald Trump, Gabenor Florida Ron DeSantis dan Datuk Bandar Miami Francis Suarez.

Suka dimaklumkan RFK telah menjanjikan beberapa pembaharuan revolusioner untuk BTC termasuk kemenangan besar bagi pasaran kripto sekiranya beliau dilantik sebagai Presiden AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat