Perhatian Trader! Ada Berita Penting Dari New Zealand

257

Kadar pengangguran New Zealand kekal berada paras terendah pada suku ketiga sekali gus menambahkan tekanan untuk bank pusat meneruskan kenaikan kadar faedah di tengah-tengah pertumbuhan upah yang lebih kukuh.

Mencerap data yang dikeluarkan Statistik New Zealand pada sesi Asia, kadar pengangguran berada pada 3.3%, tidak berubah daripada angka yang dicatatkan pada suku kedua tetapi meleset daripada jangkaan untuk turun kepada 3.2%.

Sementara itu, pertambahan pekerjaan pula menyaksikan peningkatan 1.3% daripada suku sebelumnya yang direkodkan sifar, jauh melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat hanya 0.5%.

Dalam pada itu, pertumbuhan upah mencecah paras tertinggi sejak tinjauan bermula pada 1993, dengan gaji sektor swasta yang diselaraskan mengikut musim meningkat 3.8% pada suku ketiga.

Laporan hari ini menunjukkan lonjakan dalam penyertaan tenaga buruh manakala bilangan orang yang tidak bekerja atau mencari kerja merosot, sekali gus mencerminkan permintaan yang kukuh untuk pekerja.

Penganalisis melihat pengukuhan ini meningkatkan lagi cabaran yang dihadapi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) untuk mengawal inflasi, memaksanya untuk terus menaikkan kadar faedah.

Inflasi New Zealand berada pada 7.2% pada suku ketiga, jauh melebihi sasaran bank pusat 1-3% dalam jangka sederhana.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat