Perjanjian Siling Hutang Boleh Dicapai Akhir Minggu Ini?

369

Rundingan mengenai isu siling hutang antara Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan penggubal dasar tertinggi pada hari Selasa telah memberi harapan baru.

Kedua-dua pihak sebenarnya masih berjauhan daripada kesepakatan untuk menaikkan siling hutang, menurut Speaker Dewan Republikan Kevin McCarthy.

Kebuntuan itu telah memaksa Presiden Joe Biden untuk memendekkan lawatannya ke Asia, dengan membatalkan perjalanan ke Australia.

Pun begitu, McCarthy berkata terdapat kemungkinan untuk kesepakatan dapat dicapai pada akhir minggu ini.

Ini secara tidak langsung memberi harapan baru buat AS bahawa negara itu boleh mengelak daripada ‘default’ yang boleh menjejaskan pasaran kewangan global.

Susulan perbincangan kira-kira satu jam itu, Biden mengatakan masih ada perkara yang perlu dilakukan, tetapi mereka telah membuat kemajuan untuk memastikan AS tidak default.

Biden bagaimanapun kecewa bahawa parti Republikan tidak mempertimbangkan cadangannya untuk meningkatkan pendapatan.

Kenaikan cukai ke atas orang kaya dan syarikat untuk membantu kerajaan membayar kemudahan kepada rakyat Amerika yang lain merupakan bahagian penting dalam belanjawan 2024 Biden.

Selain Presiden Biden dan McCarthy, beberapa orang kanan Demokrat turut terlibat dalam rundingan itu, termasuk Naib Presiden Kamala Harris, Ketua Majoriti Senat Chuck Schumer dan Ketua Minoriti Dewan Hakeem Jeffries.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat