Perkembangan Perang Perdagangan China Dan US

772

Pada hari Selasa, Rumah Putih telah mengeluarkan kenyataan jika China masih berkeras untuk meneruskan tindak balasnya terhadap tarif US yang diumumkan minggu lalu, US akan mengenakan tarif ke atas barangan bernilai $ 200 bilion.

Menurut Trump, langkah seterusnya harus diambil agar China dapat mengubah amalan perdagangannya yang tidak adil, membuka pasarannya kepada barangan US, dan menerima hubungan perdagangan yang lebih seimbang dengan US.

Pada hari Jumaat lepas, pentadbiran Trump mengatakan bahawa ia akan mengenakan tarif 25% ke atas $50 bilion eksport China. China, mendakwa US telah “melancarkan perang perdagangan,” can China membalas pengenaan tarif dengan segera.

Konflik yang semakin meningkat antara dua ekonomi terbesar dunia ini telah menganggu pasaran dan saham syarikat, kerana kekhuatiran akan merosakkan rangkaian bekalan global mereka.

Kementerian Perdagangan China bertindak balas cepat terhadap pengumuman Trump dan menuduh US telah bertindak ekstrim. Dalam masa yang sama China memberi amaran bahawa ia akan merespon balas.

Penganalisis memberi amaran bahawa risiko yang timbul semakin meningkat dan ketegangan ini akan memberi kesan kepada global.

Pengenaan Tarif Trump ini dikatakan sebagai hukuman atas pencurian harta intelek. Lebih daripada 800 eksport, iaitu kira-kira $ 34 bilion, akan tertakluk kepada tarif mulai 6 Julai. Lagi 280 harus mendapatkan komentar awam.

China memberi respon balas dimana tarif China akan mensasarkan produk pertanian, kereta dan makanan laut, antara barangan lain.

Setakat ini China nampaknya tidak berniat untuk mengumbah amalan perdagangannya. Menurut Kementerian Perdagangan China, jika US membuat senarai baru pengenaan Tarif, China tidak teragak-agak untuk bertindak balas dengan lebih keras.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat