Perkembangan Terkini Isu Brexit Yang Menjadi Risiko Kepada Matawang GBP & Euro

914

Perdana Menteri Theresa May akan memberitahu Parlimen pada Isnin bahawa 95% perjanjian perpisahan Brexit telah dipersetujui, namun cadangan Kesatuan Eropah (EU) terhadap sempadan Ireland tidak boleh diterima.

Theresa May telah berhadapan dengan kritikan hebat terhadap perancangan Brexit beliau dengan kedua-dua pihak sekali lagi gagal mencapai perjanjian. May pada Isnin dijangka akan menenangkan Parlimen dengan perkembangan semasa yang berlaku.

Dengan hanya lima bulan sahaja lagi untuk Britain meninggalkan EU, rundingan selama ini telah terbantut berikutan isu sempadan Ireland. Kesatuan Eropah mahukan sempadan terus terbuka di kepulauan Ireland jika perjanjian perdagangan tidak dipersetujui.

Untuk pengetahuan anda, Ireland Utara adalah sebahagian daripada UK dan Ireland Selatan (Republik of Ireland) pula adalah negara merdeka juga sebahagian daripada EU.

Satu berita positif dalam isu Brexit adalah keterbukaan UK untuk melanjutkan tempoh peralihan lebih daripada tarikh cadangan Disember 2021. Tempoh peralihan bermaksud, masa yang diambil untuk UK benar-benar keluar dari pasaran tunggal EU di mana UK masih dapat mengakses pasaran EU dari segi ekonomi tanpa halangan perdagangan dan perniagaan.

Satu perkara penting yang perlu diingat, perjanjian perpisahan Brexit UK-EU tidak akan dapat dipersetujui atau ditandatangani selagi kedua-dua pihak gagal menyepakati isu sempadan Ireland.

Sempadan Ireland Yang Anda Perlu Tahu

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat