Perletakan Pegawai Tertinggi ECB Semakin Mengkhuatirkan – Christine Lagarde Digesa Untuk Menangani Isu Ini!

325

Pada hari ini, Pegawai tertinggi Jerman di European Central Bank (ECB) Sabine Lautenschlager telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan secara mengejut sebagai tanda protes terhadap bank pusat untuk memulakan semula program pembelian bon besar-besaran.

Perletakan jawatan Sabine Lautenschlaeger secara mengejut telah mengambarkan perselisihan pandangan dalam kalangan ahli ECB dan hal ini memerlukan bakal presiden baru Christine Lagarde untuk merawat pergolakan ini apabila beliau mengambil alih jawatan pada bulan hadapan.

Sabine Lautenschlager yang merupakan salah seorang ahli lembaga eksekutif di Frankfurt bakal meninggalkan bank pusat pada 31 Oktober nanti, dua tahun lebih awal sebelum penggal beliau berakhir.

Walaubagaimanapun Lautenschlager tidak memperjelaskan lebih lanjut mengenai tindakan beliau namun beliau memberitahu bahawa tindakan tersebut adalah tindakan terbaik pada ketika ini.

Pada awal bulan ini, Lautenschlager merupakan antara ahli ECB yang menentang keputusan program pembelian bon semula secara besar-besaran. Selain Lautenschlager , pengurus Bundesbank Jens Weidmann dan gabenor bank pusat Belanda juga antara orang yang lantang mengkritik pelonggaran monetari.

Menurut pakar ekonomi ING, Carsten Brzeski, pembangkangan terhadap keputusan polisi terkini menunjukkan bahawa kerapuhan situasi ECB.

Setakat ini Lautenschlaeger merupakan pegawai tertinggi Jerman keempat yang mengambil keputusan untuk berundur diri daripada Governing Council ECB sejak ECB mengambil pendekatan ini untuk mendepani krisis hutang zon eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat