Perlombongan Bitcoin (BTC) Di China Kembali Meriah

2,596

Berdasarkan kajian Cambridge Centre for Alternative Finance (CCAF) dari Cambridge University baru-baru ini, aktiviti perlombongan bitcoin di negara itu telah meningkat dari 0% pada Ogos kepada 22.3% pada September 2021.

Pertumbuhan semula industri ini begitu kontra dengan penurunan aktiviti perlombongan kripto dari 34.3% pada Jun kepada 0% pada Julai 2021.

Sebagai rekod, China menguasai kuasa pemprosesan blok atau dipanggil sebagai “hash rate” dengan kadar sebanyak 65% sehingga 75%.

Secara tidak langsung pendedahan terbaharu ini membawa makna China sekali lagi menjadi penyumbang hash rate tertinggi, kedua selepas Amerika Syarikat (AS).

Timbul persoalan, bagaimana sektor ini boleh tumbuh semula dalam jangka masa yang singkat selepas diharamkan sedangkan pelombong kripto China telah berpindah ke AS, Pakistan, Kazakhstan, dan Afrika?

Tidak dinafikan beberapa syarikat perlombongan kripto yang beroperasi secara terbuka dikatakan benar-benar berpindah berdasarkan laporan lokasi perlombongan kripto di AS. Ada pula segelintir yang telah tutup serta-merta.

Berlakunya lonjakan hash rate mungkin disebabkan satu kemungkinan – mereka sebenarnya masih di China.

Menurut CCAF, satu kebiasaaan jika pelombong bitcoin di beberapa tempat menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) atau perkhidmatan proksi untuk mengaburkan lokasi alamat IP mereka.

VPN memudahkan pengguna untuk mengalihkan trafik mereka melalui pelayan dari negara lain, dan begitu juga untuk pelombong kripto China yang telah berdepan dengan sekatan internet untuk tujuan perlombongan bitcoin.

Secara mudahnya, telah wujud sindiket perlombongan kripto secara sembunyi.

Keadaan ini mungkin satu berita baik bagi segelintir pihak tetapi boleh jadi juga satu khabar buruk kerana China berpotensi untuk sekali lagi ‘menyekat’ bitcoin, sekaligus mewujudkan FUD dalam pasaran kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat