Pusat Perlombongan Bitcoin Terbesar China Bakal Ditutup

7,500

Wilayah Inner Mongolia, China bercadang mahu menyekat projek perlombongan matawang kripto terbaharu, sekaligus menutup kesemua aktiviti yang sedia ada sebagai usaha penjimatan tenaga elektrik.

Untuk pengetahuan, perlombongan kripto menuntut pelombongnya menyelesaikan pengiraan matematik bagi memastikan transaksi bitcoin dapat dijalankan secara baik dan sebagai insentif, pelombong akan menerima bitcoin.

Bagaimanapun, ia menelan tenaga yang tinggi ekoran daripada penggunaan komputer berkuasa tinggi.

Berdasarkan maklumat daripada Cambridge Bitcoin Electricity Consumption Index, perlombongan Bitcoin memerlukan sekitar 128.84 terrawatt-jam setiap tahun, merangkumi beberapa negara seperti Ukraine dan Argentina.

Pada masa yang sama, China menyumbang sekurang-kurangnya 65% daripada perlombongan bitcoin seluruh dunia. Inner Mongolia sahaja sudah menyumbang sebanyak 8% ekoran daripada kadar caj tenaga yang murah. Manakala, Amerika Syarikat menyumbang sebanyak 7.2%.

Sebelum ini, China menyokong perkembangan teknologi blockchain yang menjadi dasar kepada bitcoin. Bagaimanapun, bermula pada 2017 negara itu mula menunjukkan penolakan terhadap industri kripto dengan melarang pelaksanaan initial coin offerings (ICO) dan perniagaan yang terlibat dengan operasi matawang kripto seperti exchanges.

Presiden Xi Jinping pada tahun lepas menegaskan bahawa negara itu ke arah era yang lebih mesra alam dengan menyasarkan bebas karbon dioksida pada 2030 dan peneutralan karbon pada 2060.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat