Perlu Ke Labur 3% Dalam Bitcoin Untuk Elakkan Kesan Lockdown?

431

Menurut CEO pengurusan aset matawang kripto, BitGo, Mike Belshe perintah berkurung yang dilaksanakan akibat daripada penularan wabak COVID-19 telah mendorong ramai pengguna wang tunai untuk beralih kepada emas dan Bitcoin.

Dalam sebuah posting di laman twitter, Mike Belshe telah menggesa para pelabur untuk mengalihkan sekurang-kurangnya 3% daripada portfolio mereka ke dalam Bitcoin.

Seluruh dunia telah berhadapan dengan episod duka apabila kebanyakan negara terpaksa menguatkuasakan perintah berkurung begitu juga dengan Amerika Syarikat. Para pemerintah terpaksa akur bagi menjamin kestabilan politik mereka serta perlu untuk mencetak wang dalam masa lebih singkat. Akibat daripada itu, beberapa matawang utama dunia mengalami kejatuhan.

Oleh yang demikian, kebanyakan industri mula menggunakan matawang kripto khususnya bitcoin atau memilih emas contohnya syarikat MicroStrategy. Syarikat itu didakwa telah menyimpan Bitcoin sebagai aset perbendaharaannya. Menurut CEOnya, Michael Saylor, pembelian bitcoin sebanyak $250 juta itu menjadi batu loncatan kepada perubahan syarikat di bawah pengendaliannya serta mendedahkan sifat unik matawang tersebut sama seperti wang tunai.

Jadi, adakah anda juga akan beralih kepada pelaburan matawang kripto?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat