Permohonan Lanjutan Pembayaran Moratorium Bermula 7 Ogos – PM Muhyiddin

962

Sebentar tadi pada jam 3 petang, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman berhubung lanjutan moratorium dan pendekatan bantuan bersasar.

Berikut adalah rumusan perutusan beliau:

  1. Sehingga 20 Julai 2020, nilai moratorium yang diberikan kepada 7.7 juta rakyat atau 93% peminjam individu, mencecah RM38.3 bilion.
  2. Dalam tempoh yang sama, 234,000 atau 95% daripada keseluruhan peminjam Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) telah menerima manfaat berjumlah RM20.7 bilion.
  3. Peminjam individu yang meneruskan bayaran ansuran pinjaman dan tidak mengambil kemudahan moratorium meningkat daripada 331,000 peminjam pada April kepada 601,000 peminjam pada Julai.
  4. Bagi peminjam PKS yang tidak mengambil kemudahan ini meningkat daripada 5,000 kepada 13,000 peminjam dalam tempoh yang sama.

Bayaran pinjaman yang dijadualkan pada 30 September ini telah digubal dan berubah dengan pelaksanaan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang menfokuskan kepada golongan yang memerlukan iaitu:

  • Individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baru

Diberi moratorium lanjutan bersasar selama 3 bulan. Tamat 3 bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

  • Individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat COVID-19

Bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman. Bantuan ini untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dan lanjutan boleh diberikan berdasarkan keadaan gaji semasa individu berkenaan.

Bank-bank juga komited dalam membantu semua peminjam individu atau PKS sama ada peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri, yang terjejas kerana pandemik melalui bantuan:

  1. Pembayaran faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan; atau
  2. Tempoh keseluruhahan pinjaman dipanjangkan demi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau
  3. Diberikan pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

Bank turut akan menawarkan pilihan penjadualan ansurans yang bersesuaian bagi pinjaman sewa beli, tertakluk kepada Akta Sewa Beli.

Inisiatif oleh pihak kerajaan ini dianggarkan memberi manfaat kepada 3 juta individu dan PKS. Jika terdapat lebih ramai yang memerlukan bantuan, pihak perbankan tidak teragak-agak untuk memberi bantuan yang sewajarnya.

Perutusan oleh pemerintah pada kali ini menyuntik nafas lega kepada rakyat, terutama peminjam yang layak, boleh mula menghubungi bank masing-masing pada 7 Ogos ini untuk mengemukakan permohonan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat