Permulaan Dagangan Awal Minggu Yang Negatif Buat Bursa Tempatan

156

Bursa Malaysia memulakan dagangan awal minggu pada nota negatif, melanjutkan sesi kerugian minggu lepas dengan sentimen tidak menentu yang menguasai pasaran membuatkan pelabur kekal berwaspada.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.3 mata pada 1,501.25 daripada penutupan Jumaat pada 1,501.58.

Indeks dibuka baik 0.03 mata pada 1,505.07.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 131 mengatasi kaunter untung pada 112, manakala 189 kaunter pula tidak berubah, 1,826 tidak didagangkan dan 8 digantung.

Jumlah perolehan pada 104.09 juta unit bernilai RM34.27 juta.

Ulas, naib Presiden Rakuten Trade Thong Pak Leng sentimen pasaran dikaburi dengan kebimbangan selepas Wall Street ditutup bercampur ekoran jangkaan kenaikan kadar agresif Federal reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Rentetan itu, firma meramalkan indeks berlegar di paras 1,490-1,505 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.64 dan Petronas Chemicals Group Bhd capai 5 sen pada RM8.85 sementara Malayan Banking Bhd (Maybank), IHH Healthcare Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM8.89, RM6.43 dan RM5.25.

Saham aktif memperlihatkan Green Packet Bhd naik 1 sen pada 6 sen dan Unique Fire Holdings Bhd lonjak 1 sen pada 23.5 sen, Zen Tech International Bhd kekal pada 3.5 sen dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) tambah 0.5 sen pada 88 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menyusut 1.04 mata pada 10,658.41, indeks FBMT 100 merudum 1.35 mata pada 10,404.33, indeks FBM Emas Shariah menurun 8.8 mata pada 10,821.2 dan FBM ACE melemah 32.15 mata pada 4,841.88 sementara FBM 70 menambah 1.14 mata pada 12,776.8.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 4.9 mata pada 16,635.23 dan indeks Tenaga meningkat 2.49 mata pada 655.52 sementara indeks Produk dan Perkhidmatan menurun 0.3 mata pada 183.68 dan indeks Perladangan melemah 0.13 mata pada 7,125.14.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat