Permulaan Julai & Pengakhiran Minggu Yang Malap Buat Bursa

162

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.67 mata pada 1,443.55 daripada penutupan hari Khamis pada 1,444.22.

Indeks dibuka lemah 2.60 mata pada 1,441.62.

Bursa memperlihatkan kebanyakan indeksnya dibuka lemah ekoran daripada sentimen pembelian negatif seiring prestasi Wall Street.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 148 mengatasi kaunter untung pada 109, manakala 161 kaunter pula tidak berubah, 1,811 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 111.2 juta unit bernilai RM58.47 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng dalam notanya mengatakan pasaran dikuasai sentimen negatif seiring Wall Street sehingga KLCI menyaksikan penjualan di saat akhir semasa pengimbangan portfolio dana asing.

Rentetan itu, firma tersebut menjangkakan bursa tempatan akan didagangkan pada julat 1,435-1,450.

Menjengah separuh tahun kedua 2022, penilaian rendah dan prospek ekonomi yang agak stabil sepatutnya menarik dana asing sungguhpun sentimen melemah, ulas broker tersebut.

Setakat tahun ini, KLCI susut 7.87% pada 30 Jun daripada 1,567.53 yang dicatat pada 31 Disember 2021.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Hartalega Holdings Bhd kurang 17 sen pada RM2.89, Press Metal Aluminium Holdings Bhd turun 5 sen pada RM4.71, MR DIY Group (M) Bhd susut 4 sen pada RM2.03, Malayan Banking Bhd (Maybank) jatuh 2 sen pada RM8.57 dan Public Bank Bhd kekal pada RM4.37 sementara Petronas Chemicals Group Bhd naik 3 sen pada RM9.03.

Saham aktif memperlihatkan Yong Tai Bhd dan Reach Energy Bhd kekal pada 9 sen dan 5.5 sen, Hibiscus Petroleum Bhd turun 2.5 sen dan Top Glove Corp Bhd kurang 2 sen pada RM1.02 sementara SMTrack Bhd dan Yew Lee Pacific Group Bhd tambah 0.5 sen pada 7 sen dan 24.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menguncup 9.04 mata pada 10,298.22, indeks FBM Emas Shariah mengurang 17.85 mata pada 10,486.11, FBM 70 menyusut 26.11 mata pada 12,467.10, FBM ACE meningkat 17.02 mata pada 4,768.40 dan indeks FBMT 100 merosot 8.58 mata pada 10,038.91.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat