Pertumbuhan Gaji Australia Meleset Dari Jangkaan, Apa RBA Akan Buat?

181

Pertumbuhan gaji Australia meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh hampir lapan tahun pada suku kedua apabila pengukuhan pasaran buruh mendorong kadar pengangguran ke paras terendah 48 tahun.

Bagaimanapun, pertumbuhan yang dicatatkan meleset daripada jangkaan pasaran dengan catatan peningkatan hanya 0.7% pada suku Jun berbanding jangkaan kenaikan 0.8%.

Sementara itu, kadar tahunan pula meningkat kepada 2.6% daripada 2.4%, tetapi sekali lagi tersasar daripada ramalan sebanyak 2.7%. Sektor swasta menyaksikan pertumbuhan 2.7% manakala gaji awam mengikuti dengan 2.4%.

Angka yang dicatatkan ini boleh mempertikaikan langkah Reserve Bank of Australia (RBA) untuk kadar pengetatan yang lebih terkawal dengan kembali kepada kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas pada September setelah tiga pergerakan separuh mata berturut-turut.

Susulan daripada itu, dolar Aussie mencatatkan penyusutan sebagai reaksi awal kepada penerbitan data tersebut.

Pasaran menjangkakan pertumbuhan gaji boleh meningkat sehingga 3.5% menjelang April tahun depan memandangkan inflasi telah melonjak ke paras tertinggi 21 tahun kepada 6.1% dan dijangka melebihi 7% dalam beberapa bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat