Pertumbuhan Pendapatan Bank-Bank Malaysia Diramal Menurun Pada Q2 2024 – CGS

533

Pertumbuhan pendapatan bank-bank Malaysia mungkin berkurangan dengan kenaikan sekadar lima hingga enam peratus pada suku kedua 2024 berbanding tahun sebelumnya apabila aktiviti pendapatan tanpa faedah semakin perlahan.

Menurut CGS, jumlah keuntungan bersih bagi suku akhir Jun mungkin akan mencecah RM8.6 billion hingga RM8.7 billion iaitu lebih rendah daripada RM8.75 billion pada suku pertama 2024. Namun, keuntungan bersih meningkat 7.4% pada tahunan.

Pendapatan tanpa faedah mendapat dorongan hasil sokongan pelaburan yang kukuh. Ia dijangka menurun dari suku ke suku dan sebahagiannya dikawal oleh pengembangan berterusan dalam pendapatan faedah bersih.

Dalam kenyataannya lagi, CGS menyarankan ke atas bank-bank Malaysia untuk melihat potensi penarafan semula pengurusan, peningkatan pembayaran dividen dan prospek margin faedah bersih.

Walau bagaimanapun, para pelabur harus berhati-hati terhadap potensi risiko penurunan kerana pertumbuhan ekonomi yang lemah daripada jangkaan mampu meningkatkan kerugian pinjaman dan mengurangkan keuntungan pinjaman.

Selain itu, inflasi yang berleluasa dan kadar faedah yang tinggi juga menjejaskan pertumbuhan pinjaman serta kualiti aset.

Saham Hong Leong Bank telah memperoleh keuntungan hampir 2% setakat tahun ini, saham CIMB telah melonjak lebih daripada 19%.

Public Bank telah merosot 4.7% setakat ini berikutan mereka merupakan pemberi pinjaman ketiga terbesar Malaysia dari segi aset dan kini bergelut dengan penurunan dalam keuntungan bersih seperti overhead serta peruntukan yang lebih tinggi.

Manakala, pendapatan tanpa faedah diramalkan berkembang hanya sedikit pada suku kedua bagi menamatkan rentetan pertumbuhan sebelum ini. Pendapatan cas meningkat hampir 15% pada suku pertama 2024 dan ia dijangka akan kekal mampan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat