Petronas Bertegas Ia Adalah Pemilik Ekslusif Sumber Minyak Negeri Sarawak

918

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tetap bertegas bahawa ia mempunyai hak ekslusif terhadap sumber minyak dan gas di negeri Sarawak. Dalam sidang media yang diadakan pada Selasa, Petronas juga mendakwa ia adalah pengawal selia tunggal sektor huluan di negara ini.

Petronas mengadakan sidang media selepas Pejabat Ketua Menteri menyatakan hasrat untuk menggunakan kuasa yang ada di bawah undang-undang negeri Sarawak berkaitan aktiviti minyak dan gas di negeri itu.

Kesemua syarikat termasuk kontraktor mereka, sub-kontraktor dan vendor dalam industri minyak dan gas di Sarawak perlu mendapatkan lesen daripada kerajaan negeri untuk beroperasi selepas tempoh 1 Julai 2018. Mereka perlu berbuat demikian kerana tertakluk di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958.

“Peraturan di bawah ordinan berkaitan pelesenan telah diluluskan kerajaan negeri dan proses pelaksanaannya akan bermula serta-merta,” kenyataan Pejabat Ketua Menteri.

Kenyataan Petronas Didakwa Angkuh

Datuk Abdul Karim Menteri Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Petronas adalah angkuh dan tidak sensitif kepada rakyat Sarawak.

Beliau merujuk kepada kenyataan Petronas yang mendakwa ia adalah regulator kepada aktiviti minyak dan gas dan mempunyai hak ekslusif terhadap sumber minyak di negeri Sarawak.

Abdul Karim berkata hal ini tidak adil kepada Sarawak dan rakyatnya dan membuatkan beliau tertanya-tanya sama ada ini adalah bentuk ‘penjajahan’ yang baru.

“Adakah ini bentuk penjajahan yang baru? Petronas yang telah berkembang menjadi entiti korporat global hasil daripada sumber negeri Sarawak, sudah besar kepala dan menggigit semula tangan yang telah memberi ia makan selama ini,” kata beliau pada Selasa.

Petronas Dakwa Ordinan Perlombongan Minyak 1958 Terbatal

Dalam kenyataan sebelum ini, Petronas menyatakan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 adalah tidak sah apabila mengambil kira Akta Malaysia 1963.

Petronas pada 4 Jun 2018 memfailkan permohonan terhadap Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, yang digubal oleh Parlimen dan bahawa Petronas memiliki kuasa regulatori ekslusif terhadap aktiviti huluan di seluruh Malaysia termasuk Sarawak.

Permohonan itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan untuk mengetepikan permohonan Petronas berhubung semakan statusnya dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat