Petunjuk Awal Dari Data ADP Ini Buatkan Pasaran Optimis?

454

Penciptaan pekerjaan swasta catat lonjakan yang lebih pantas dariada jangkaan pada bulan Februari berdasarkan laporan yang dikeluarkan sebentar tadi untuk bacaan ADP.

Syarikat dilaporkan telah menambah 475,000 pekerjaan pada bulan Februari dimana bacaan tersebut mengatasi anggarapan Dow Jones yang hanya mensasarkan pertambahan 400,000. Dalam masa yang sama, ADP juga menyemak kembali bacaan bulan Januari yang pada awalnya dilaporkan kerugian sebanyak 301,000 kemudian diubah kepada pertambahan sebanyak 509,000.

Laporan hari Rabu menyatakan bahawa ADP melakukan semakan tahunan kiraannya pada bulan Februari untuk meletakkannya sejajar dengan data Banci dan Biro Statistik Buruh. Bulan-bulan lain sepanjang tahun lalu menyaksikan pelarasan, tetapi tiada pelarasan yang besar seperti Januari 2022.

Menurut ketua ekonomi ADP, Nela Richardson, ” pengambilan pekerja kekal teguh walaupun dihadkan oleh pengurangan bekalan buruh selepas pandemik. Pada bulan lalu syarikat gergasi telah menunjukkan kesediaan untuk menawarkan gaji dan faedah yang lebih tinggi.”

Syarikat yang mempunyai 500 atau lebih pekerja bertanggungjawab untuk hampir semua pengambilan pada bulan tersebut. Firma yang mempunyai kurang daripada 50 pekerja mencatatkan kerugian sebanyak 96,000, manakala perniagaan bersaiz sederhana menambah hanya 18,000.

Bacaan ADP dijadikan sebagai indikasi awal oleh pasaran menjelang bacaan data NFP yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat