Pharmaniaga Dijangka Berkembang Pesat Dengan Strategi 5 Tahunnya

197

Hong Leong Investment Bhd (HLIB) menjangkakan pertumbuhan Pharmaniaga Bhd akan berkembang pesat dengan strategi 5 tahunnya yang diperkenalkan pada 2021.

Menurut firma penyelidikan itu, strategi 5 tahun yang diperkenalkan Pharmaniaga adalah:

  1. Mengukuhkan perniagaan logistik dan pengedaraan di Malaysia dan Indonesia
  2. Memperluaskan rangkaian produk
  3. Menjadi pesaing utama dalam industri biopharma dalam pembangunan insulin dan vaksin
  4. Mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa

Terangnya lagi, kira-kira 20% hasil pendapatan Pharmaniaga datang dari pasaran antarabangsa dan syarikat perubatan tersebut merancang untuk perolehi sasaran 50% melalui pasaran Filipina dan Thailand yang diceburi.

Selain itu, Pharmaniaga sedang membina asas kukuh di sekitar 70 sen ke 74 sen yang akan membuka peluang minat pembelian.

Dalam pada itu, keadaan Covid-19 semasa di Shanghai dilihat semakin parah dengan terdapat laporan sebanyak 25,000 kes jangkitan sehingga berlaku perhimpunan oleh penduduk yang menyuarakan aduan mengenai isu bekalan makanan dan gas selain kebimbangan penyebaran lebih teruk di China.

Situasi di Shanghai merupakan fenomena terburuk dalam sejarah kes Covid-19 sejak Wuhan pada 2019, di mana kerajaan China melaporkan 1,006 kes bergejala manakala 23,937 kes asimtomatik.

Menambah parah, kesemua 26 juta penduduk telah dikenakan perintah berkurung dan hanya pekerja kesihatan, sukarelawan, kakitangan penghantaran atau mereka yang mempunyai kebenaran khas sahaja dibenarkan keluar.

Sementara itu, telah tersebar 1 rakaman yang menunjukkan sekumpulan penduduk Shanghai mengadakan perhimpunan bagi menyuarakan isu bekalan makanan dan keperluan yang semakin berkurangan terhadap pegawai perubatan.

Ekoran daripada itu, eksekutif gergasi e-dagang JD.com dan perkhidmatan penghantaran makanan, Ele.me telah berusaha meyakinkan penduduk bahawa isu bekalan tidak menjadi masalah utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat