Pharmaniaga ‘Rebound’!

273

Saham Pharmaniaga Bhd melonjak semula sebanyak 58 sen atau 10.1% kepada RM6.32 pada sesi dagangan pagi tadi selepas mengalami pembetulan harga semalam.

Pada pukul 10.14 pagi, kaunter itu mencecah paras RM5.98, naik 24 sen atau 4.18%.

Kaunter itu merupakan kaunter kelima paling untung sewaktu sesi dagangan pagi tadi, menyaksikan 4.83 juta saham diniagakan.

Menurut penganalisis Hong Leong Investment Bank Research, Gan Huan Wen, beliau menurunkan saranan Pharmaniaga kepada ‘pegang’ daripada ‘beli’ selepas harga saham syarikat itu telah mencapai nilai saksama (fair value).

“Kami mengekalkan harga sasaran (TP) iaitu RM5.52 pada 21.5 kali ganda harga kepada pendapatan (P/E) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) tidak berubah,” ujarnya.

Walaupun Pharmaniaga menerima permintaan untuk menyediakan 7 juta dos vaksin Sinovac kepada agensi kerajaan dan kerajaan negeri, penganalisis berpendapat bahawa pengumuman itu adalah tidak mengejutkan kerana Pharmaniaga mempunyai bekalan tambahan untuk vaksin Sinovac.

Menurut Huan Wen, Pharmaniaga mempunyai 24 juta dos vaksin Sinovac untuk diedarkan dengan hanya 12 juta akan diberikan kepada Kementerian Kesihatan.

“Oleh kerana pengumuman ini tidak mengejutkan, unjuran kami tetap tidak berubah,” jelasnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat