PM Johnson Tekad Tangani Penularan Covid-19 – Sistem Sekatan Baru Diumumkan!

301

Pada hari ini Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah mengumumkan langkah sekatan dan larangan yang lebih ketat di beberapa wilayah UK termasuk penutupan beberapa kelab berikutan penularan wabak Covid-19 semakin merebak.

Sistem atau langkah berperingkat Johnson yang diumumkan di Parlimen adalah usaha untuk menyeragamkan sekatan-sekatan yang dikenakan di seluruh UK sebelum yang seringkali merungsingkan.

Perintah berkurung yang dikenakan adalah termasuk penutupan kelab malam dan bar di kawasan zon merah iaitu kawasan yang memiliki amaran tinggi. Selain itu, beberapa pusat rekreasi, pusat permainan, kasino dan pusat hiburan akan ditutup.

Johnson menegaskan bahawa semua pihak harus memainkan peranan dan pihak pentadbiran mesti bertindak dengan lebih pantas bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Berdasarkan laporan dari pentadbiran kesihatan UK, kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat terutamanya di utara UK dan jangkitan pandemik banyak menjangkiti kumpula usia yang berusia berbanding mereka yang lebih muda.

Disisi lain Bank of England (BOE) dilaporkan telah meminta maklumat daripada institusi-institusi kewangan mengenai kesediaan mereka terhadap perlaksanaan kadar faedah negatif.

Matawang pound kekal didagangkan mengukuh di atas paras harga 1.3063 berbanding US dolar walaupun menghadapi tekanan daripada ketidakpastian dalam rundingan perdagangan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat