PM New Zealand Bengang Disindir Trump

844

Tidak betah dengan kenyataan pemerintah Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai lonjakan kes COVID-19 yang meningkat di negaranya, perdana menteri New Zealand Jacinda Ardern pada hari ini ‘menyerang’ semula kenyataan Trump.

Trump di dalam sebuah pertemuan di Minnesota secara langsung telah memperlekehkan New Zealand, mendakwa negara yang memiliki 5 juta penduduk kini kembali terancam dengan kes COVID-19 yang mendadak naik setelah ‘menang’ selama 102 hari.

Menurut pemerintah AS itu lagi, lonjakan kes koronavirus di New Zealand merupakan yang terburuk dan berharap negaranya tidak akan berhadapan dengan situasi yang sama.

Ardern menyangkal dakwaan Trump dengan mengemukakan jumlah kes yang direkodkan di negaranya jauh berbeza untuk dibandingkan dengan AS.

Sehingga kini Amerika mencatatkan lebih 5.2 juta kes dengan 170,000 kematian. Manakala New Zealand cuma 1,293 kes dengan 22 kematian.

Ardern menambah lagi, menyatakan New Zealand antara negara yang terbaik menangani wabak COVID-19, mencatat kes baru paling rendah dan tidak dapat dibandingkan dengan AS, termasuk negara-negara lain.

Kadar kematian akibat koronavirus di New Zealand adalah 0.44 per 100,000 orang. Manakala, Amerika mencatatkan kadar kematian 5.21 per 100,00, antara rekod tertinggi di dunia.

Ini bermakna, New Zealand itu merupakan antara negara yang mencatatkan rekod kematian terendah dunia menerusi usaha mereka mengenakan perintah kawalan negara pada awal pandemik lalu.

Walau bagaimanapun, kemunculan semula kluster baru di Auckland pada minggu lalu masih tidak dapat lagi dikenalpasti walaupun timbul kebarangkalian jangkitan adalah menerusi makanan sejuk atau bungkusan sejuk beku import.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat