Polygon (MATIC) Buat Keputusan Mengejut, Naikkan Kos Transaksi 30x Ganda!

298

Penyelesaian skalabiliti Ethereum, Polygon (MATIC) sedang menampung rekod aktiviti rangkaian yang tinggi.

Berdasarkan pemerhatian pada September, rangkaian ini telah mendaftar lonjakan alamat aktif harian sehingga 150%, mengatasi jumlah transaksi harian Ethereum buat kali pertama.

Bagaimanapun, jumlah purata transaksi harian di Polygon merosot 50% dari 6 juta kepada 3 juta selepas rangkaian itu menaikkan kos gas 30x ganda dari 1 gwei kepada 30 gwei.

Apa yang telah berlaku? Sebenarnya Polygon berhadapan dengan lambakan transaksi spam.

Ekoran daripada itu, demi meningkatkan jangka hayat dan menghadkan pemain tipu pasaran, pengasas Polygon menaikkan kos gas di blockchain tersebut. Keputusan ini disahkan sendiri oleh pengasas bersama Polygon, Sandeep Nailwal pada 5 Oktober.

Maka, kenaikan kos gas sebanyak 30x ganda menjadi pilihan. Namun, pengesah lain bebas untuk memilih kos gas minimum.

Sejak awal 2021, MATIC mencatatkan prestasi yang luar biasa. Berbeza pula pada awal Oktober, aset ini mula merekodkan harga yang tidak stabil.

Ketika penulisan, MATIC didagangkan pada $1.20, susut lebih 6.2% dalam 24 jam. Aset ini memerlukan peningkatan lebih 55% untuk mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 18 Mei.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat